+ Darling Ngasri + Nor Azlin | Akad Nikah +
+ Darling dinikahkan sendiri oleh ayahanda tercinta Hj. Ngasri Sain di kediaman mereka di Jalan Ipoh tepat pada jam 2.45 petang dengan disaksikan Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Mukim Batu, Tuan Haji Razab Chik Dollah serta ahli keluarga terdekat yang lain. Turut hadir pada majlis bersejarah kedua mempelai ialah ibu bapa kepada pengantin lelaki. Pada petang tersebut, Darling menerima wang hantaran sebanyak RM22,222,22 dengan mas kahwin RM80 serta sembilan dulang hantaran daripada pihak lelaki. Sementara itu, Darling membalas dengan 11 dulang hantaran berupa sepersalinan pakaian, jam tangan, tiga buah kek berlainan corak, buah-buahan, sirih junjung, senaskhah Al-Quran serta barangan mandian.
Untuk majlis pernikahan tersebut, Darling kelihatan ayu dengan persalinan Cosry. Sentuhan wajahnya pula daripada Deqsha, sementara hiasan pelamin dan hantaran daripada Nasgreat Ideas. Ketika ditemui selepas upacara akad nikah, Darling menganggap segala yang berlaku adalah jodoh biarpun ada yang melihatnya seperti terburu-buru. “Biarpun ada yang mengatakan majlis kami ini seperti terburu-buru, pada saya semua itu adalah jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Saya bersyukur sangat kerana semunya telah selamat dijalankan,” ujar Darling. [sumber: MH]
———–
+ dari seisi keluarga pretty peektures, setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan!
untuk video pernikahan mereka : sila klik di sini


























